Resepi Inti Karipap Kentang Ayam Daging Sedap Mudah.  Inilah hasil aktiviti petang tadi, karipap rangup tahan lama inti kentang daging cincang. Buat banyak sikit untuk karipap frozen. Esok-esok senang bila nak makan keluarkan dari peti ais dan terus goreng. Resepi karipap rangup dan resepi inti karipap kentang daging atau ayam ada saya kongsikan dibawah :

Resepi Inti Karipap Kentang
Inti Karipap Kentang

Resepi Karipap Sukatan Cawan Inti Kentang Ayam Daging

Untuk kulit karipap rangup sampai petang saya guna resepi dekat bawah :

> Resepi Karipap Rangup Rapuh Lembut Gebu Sukatan Cawan


Resepi Inti Karipap Kentang Daging Atau Ayam Sedap Simple

Bahan untuk resepi inti karipap kentang sedap:

  1. Daging cincang atau ayam cincang
  2. Setengah kilogram kentang (potong dadu)
  3. Satu sudu rempah kari ikan
  4. Satu sudu rempah kari daging
  5. Tujuh biji cili api (boleh kurang dan lebihkan, atas selera )
  6. Tiga ulas bawang putih
  7. Lima ulas bawang merah
  8. Sedikit sahaja halia
  9. Garam
  10. Gula
  11. Minyak masak
Cara  Buat Inti Karipap Kentang

Cara buat inti karipap ayam dan daging :

  1. Blend bawang, cili dan halia 
  2. Selepas itu,  tumis dengan sedikit minyak
  3. Masukkan rempah kari, daging,kentang serta air
  4. Perasakan guna gula dan garam

Step akhir, masak sampai kentang empuk dan kuah inti karipap kering sedikit. Siap. Cara nak buat inti karipap mudah je kan, selamat mencuba semua.

> Resepi Karipap Pusing Sukatan Cawan Mudah Sedap