Resepi Durian Crepe Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple. Saya ada buat durian crepe yang lembut dan gebu malam ni. Selepas masak inti kastard durian crepe, kita simpan dalam sejuk beku untuk tahan lama. Jadi bila-bila masa kita rasa nak guna inti durian crepe lagi, boleh ambil walaupun bukan musim durian. Rasa tak lari tetap sedap.Ni saya tak buat jual pun, hanya buat untuk makan anak beranak sahaja. Resepi durian crepe simple dan sedap ada saya tinggalkan dibawah. Harap membantu dan bermanfaat.

Cara Buat Durian Crepe
Resepi Durian Crepe


Resepi Durian Crepe Mudah Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi durian crepe sedap :

Bahan untuk kulit :

  1. Empat sudu besar tepung gandum
  2. Empat sudu besar tepung ubi
  3. Dua sudu besar tepung jagung
  4. Dua sudu besar tepung kastard
  5. Satu biji telur ayam gred A/B ( jika gred c/d guna  dua biji)
  6. Satu cawan susu segar/susu kotak kecil 250ml
  7. Tiga sudu besar air
  8. Dua sudu besar minyak masak
  9. Garam
  10. Pewarna


Cara Buat Durian Crepe Mudah

Cara buat durian crepe paling mudah :
  • Gaulkn semua bahan diatas. Kemudian, tapis kerna tak nak kasi nampk ketul-ketul. 
  • Pakai kuali yang non stick atau kuali yang tidak melekat.


Resepi Inti Durian Crepe

Bahan untuk resepi inti durian crepe sedap :

Bahan A :
  1. Whipping cream non dairy

  • Putar sampai kembang dan berkilat

Bahan B :  ( Isi Durian )

  1. Satu cawan susu segar
  2. Satu sudu besar tepung kastard
  3. Satu sudu besar gula (jika suka manis sila tambah )
  4. Isi durian (saya guna isi tiga biji durian.Tiga biji tau, bukan 3 ulas
  • Masak bahan B durian crepe di atas hingga agak pekat.
  • Dah siap, tutup api dan biarkan sejukkan seketika

Cara Buat Durian Crepe Sukatan Cawan

Cara buat durian crepe sedap :

  1. Atas kulit durian crepe tadi, pipingkan dulu whipping cream non dairy yang telah kita putar.
  2. Kemudian baru letak isi durian.
  3. Piping sekali lagi whipping cream atas isi durian sebelum lipat.

Step akhir, simpan dalam peti ais. Berdasarkan pengalaman, durian crepe tahan lama lebih kurang dalam dua bulan jika simpan pada bahagian sejuk beku. Cara nak buat durian crepe mudah je kan. Selamat mencuba semua.