Resepi Capati Lembut Sedap Simple Sukatan Cawan Homemade. Kita kalau dapat makan roti capati  dan kuah kari atau kuah dal atau sambal sardin memang cukup sedap rasanya. Tapi untuk anak anak bukan mudah nak suruh dia makan.Lebih lebih kalau beli yang chapati frozen dekat kedai. Kena bagi menarik sikit. Sorang nak gulung dengan sosej, sorang lagi nak cicah susu. Nasib baik habis dua keping sorang. Resepi capati simple sahaja, saya biasa guna resepi capati sukatan cawan :

Resepi Capati Sedap
Resepi Capati Lembut


Resepi Capati Sedap Mudah Lembut Ringkas Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi capati guna tepung gandum :

  1. Satu cawan tepung atta
  2. Satu cawan tepung gandum
  3. Satu sudu kecil garam
  4. Satu sudu besar mentega
  5. Dua sudu besar minyak masak
  6. Air panas (agak-agak untuk jadikan doh)

Cara Buat Capati

Cara Buat Chapati Yang Lembut :

  1. Masukkan semua bahan. Gaul sebati
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai tak melekat kat tangan 
  3. Bila dah jadi doh, bulatkan besar sikit dari bola ping pong.
  4. Perap selama setengah jam..

Step akhir, leperkan dan masak tanpa minyak. Capati yang berjaya, dia akan menggelebung. Cara buat chapati mudah je kan, selamat mencuba semua.

> Resepi Roti Bom Lembut Rangup Mudah Sukatan Cawan