Resepi Apam Pisang Kukus Mudah Gebu Simple Viral Sukatan Cawan. Disebabkan pokok pisang sekarang menjadi tumpuan ramai, tanpa fikir panjang kita petik buahnya awal-awal untuk elak dari diambil oleh tetamu yang tidak dikenali dan peram sendiri. Al maklumlah harga buah pisang terkini boleh tahan mahalnya. Jadinya bila dah masak bolehlah kita buat apam pisang kukus guna blender yang digemari seisi keluarga saya. Bagi yang nak cuba, saya ada kongsikan resepi apam pisang guna blender dekat bawah :

Resepi Apam Pisang Kukus
Apam Pisang Kukus



Resepi Apam Pisang Kukus Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi apam pisang kukus simple :

  1. Satu cawan pisang ( lenyek dulu baru sukat )
  2. Minyak ( agak-agak je ok )
  3. Satu sudu kecil esen pisang

Bahan Blender :

  1. Satu cawan gula
  2. Tiga biji telur gred A
  3. Secubit garam

Bahan ayak

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu cawan minyak jagung
  3. Satu sudu kecil soda bikarbonat
  4. Satu sudu kecil baking powder

Cara Buat Apam Pisang Kukus

Cara cara membuat apam pisang kukus :

  1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat. 
  2. Blend gula serta telur sampai gula hancur.
  3. Masukkan esen pisang.
  4. Masukkan pisang dan blend sekejap
  5. Masukkan tepung selang seli dengan minyak.
  6. Blend lagi sampai sebati.
  7. Kaub balik guna spatula. 
  8. Perap adunan apam pisang selama dua puluh minit
Step akhir,  masukkan ke dalam acuan yang telah di gris dengan minyak dan kukus selama empat puluh minit guna api sederhana. Siap. Cara nak buat apam pisang kukus mudah je kan, selamat mencuba semua.

> Resepi Lepat Pisang Tepung Gandum Sedap Sukatan Cawan