Resepi Agar Agar Lumut Pandan Sukatan Cawan. Pencuci mulut untuk makan tengahari ari ni, kuih agar agar lumut pandan. Resepi agar agar lumut pandan simple sahaja, saya guna resepi agar agar lumut pandan sukatan cawan. Kepada sesiapa yang suka, saya ada selitkan resepi agar agar lumut pandan sedap dekat bawah ya ;


Resepi  Agar Agar Lumut Pandan
 Agar Agar Lumut Pandan


Resepi Agar agar Lumut Pandan Mudah Sedap Simple



Bahan untu resepi agar agar lumut pandan sedap dan mudah :


  1. Satu cawan santan pekat
  2. Satu cawan air pandan (kisar 15 helai daun pandan)
  3. Empat cawan air biasa
  4. Satu cawan gula
  5. Tiga biji telur gred A
  6. Tiga sudu besar serbuk agar-agar

Cara Buat Agar Agar Lumut

Cara cara membuat agar agar lumut :


  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk
  2. Kacau sampai sebati dahulu
  3. Kemudian, baru buka api.
  4. Sentiasa kacau hingga mendidih
  5. Apabila dah mendidih, perlahankan api tunggu sampai terbentuk sendiri lumut atas permukaan periuk.


Step akhir, tutup api dan masukkan ke dalam bekas yang telah kita sediakan. Bila agar-agar dah keras, baru terbalikkan. Sedia untuk di jamu. Cara nak buat agar agar lumut pandan mudah je kan. Selamat mencuba.