Resepi Tauhu Sumbat Ayam Kukus Mudah Sedap Simple. Malam tadi terbayang makan tauhu sumbat ayam cicah dengan sos pencicah thailand. Pagi tadi masa singgah pasar terus beli tauhu dan balik terus bersilat di dapur untuk siapkan tauhu sumbat ayam. Resepi tauhu sumbat ayam mudah sahaja, ada saya kongsikan resepi tauhu sumbat ayam simple dekat bawah :

Tauhu Sumbat Ayam Kukus Resepi
Tauhu Sumbat Ayam Kukus


Resepi Tauhu Sumbat Daging Cincang

Bahan untuk resepi tauhu sumbat ayam kukus :

  1. Tauhu
  2. Dada ayam atau daging cincang
  3. Cili besar -cincang
  4. Daun sup -hiris halus halus
  5. Bawang besar -cincang
  6. Garam
  7. Lada sulah
  8. Telur

Cara Buat Tauhu Sumbat Ayam

Cara cara membuat tauhu sumbat ayam :

  1. Goreng tauhu, toskan serta biar seketika untuk sejuk.
  2. Belah dua untuk keluarkan isi tauhu.
  3. Kukus atau rebus atau goreng  (jangan garing) dada ayam. Kalau guna daging pun sama.
  4. Tumbuk isi ayam bersama isi tauhu hingga lumat.
  5. Campurkan daun sup, cili besar, bawang besar, lada sulah serta garam. Gaul rata
  6. Dah siap, sumbat dalam kulit tauhu yang kita keluarkan isi nya tadi
  7. Pukul telur dan celupkan tauhu yang telah disumbat dengan isi ayam atau daging tadi.

Akhir sekali, goreng sampai warna berubah keperang-perangan atau sampai masak. Siap. Cara nak buat tauhu sumbat ayam mudah je kan, selamat mencuba.

> Resepi Tauhu Berlauk Kukus Sedap Dan Mudah