Resepi Roti Naan Cheese Leleh Sukatan Cawan. Selamat malam semua.Saya ingin kongsikan resepi roti naan cheese leleh yang sedap dan lembut. Sesiapa yang suka boleh lah buat roti nan sendiri, daripada beli dapat makan sikit je, baik buat sendiri je baru puas hati makan.  Resepi roti nan cheese simple sahaja, saya guna resepi roti nan cheese sukatan cawan.

Resepi Roti Nan Cheese Leleh
Resepi Roti Naan Cheese Sukatan Cawan

 Resepi Roti Nan Cheese Meleleh Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi roti naan cheese mudah :


  1. Mozarellla Cheese atau Cheese Keping
  2. Satu kilogram tepung gandum
  3. Setengah cawan planta
  4. Setengah cawan gula
  5. Dua setengah cawan air
  6. Satu sudu besar yis mauripan

Cara Buat Roti Nan Cheese

Cara cara membuat roti nan cheese :


  1. Masukkan gula dalam air dan kacau sampai sebati. Asingkan
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung, planta serta yis mauripan. Gaul sebati.
  3. Kemudian tuang air gula yang kita asingkan tadi ke dalam tepung secara sedikit demi sedikit dan uli hingga tepung tidak melekat pada tangan (adunan jangan keras ya)
  4. Tutup dengan kain basah dan perap selama setengah jam
  5. Apabila bancuhan sudah naik, tumbuk-tumbuk adunan tersebut untuk keluarkan angin
  6. Selepas itu, buat bulat besar dan masukkan cheese ke dalam tepung dan canaikan leper.
  7. Biar seketika dalam lima belas minit

Akhir sekali, masak dalam kuali leper guna api perlahan.Tutup kuali dengan penutup. Apabila sudah masak sapukan planta pada roti nan untuk bagi kelihatan cantik serta berbau sedap. potong dan blh mkn cicah sambal bilis,kauh dal,kari dan lain2..ikot citarasa anda.

> Resepi Roti Canai Sukatan Cawan Lembut Mudah