Resepi Mee Bandung Muar Asli Original Tradisional. Malam ini kita dinner mee bandung muar sedap dan asli johor untuk memenuhi permintaan encik suami. Inilah untungnya ketika zaman remaja rajin tolong mak niaga di warung. Alhamdulilah syukur, paling tidak dapat juga ilmu buat mee bandung muor asli tanpa pes dan tanpa apa apa sos tambahan. Kepada yang nak cuba buat, boleh ambil resepi mee bandung muar asli berikut :

Resepi Mee Bandung Muar Sedap
Resepi Mee Bandung Muar Asli


Resepi Mee Bandung Muar Original Tradisional Asli

Bahan untuk resepi mee bandung muar simple :

  1. Mee Kuning ( Rebus )
  2. Cili kering
  3. Tiga biji bawang besar
  4. Lima biji bawang putih
  5. Udang kering
  6. Kacang tanah
  7. Daging
  8. Udang
  9. Tomato
  10. Sawi
  11. Telur
  12. Gula
  13. Garam
  14. Air
  15. Bawang goreng


Cara Buat Mee Bandung Muar Sedap

Cara cara membuat mee bandung muar :

  1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
  2. Goreng kacang tanah tanpa minyak.
  3. Kisar udang kering.
  4. Masukkan empat senduk minyak masak. Tumis empat senduk cili kisar sampai pecah minyak.
  5. Masukkan udang kering yang telah di kisar tadi sampai garing.
  6. Dah garing, masuk kacang tanah yang sudah di blend.
  7. Kacau hingga sebati tapi jangan sampai hangus.
  8. Masuk sedikit air dan daging. Rebus sampai empuk.
  9. Kemudian masukkan kira kira 800 ml air dan biarkan sampai mendidih manja.
  10. Dah mendidih, masuk udang.
  11. Masukkan garam dan gula secukup rasa (bagi gula saya guna brown sugar dan letak gula lebih kurang dua setengah senduk).
  12. Rasa sikit untuk seimbangkan rasa. Mi bandung muar kena ada rasa pedas pedas manis gitu
  13. Pecahkan telur sebijik sebijik tapi jangan kacau. biar masak sendiri.

Akhir sekali, masuk tomato yang telah dibelah empat dan sawi. Dah siap, taburkan bawang goreng. Setel. Cara nak buat mee bandung muar mudah je kan, selamat mencuba.

> Resepi Asam Pedas Johor Ikan Pari Asli Original Tradisional