Resepi Kuih Keria Gula Melaka Lembut Sukatan Cawan. Penangan topik Kuih Keria Antarabangsa dalam rancangan Majalah 3 baru-baru ini, kami pun terjebak sama untuk buat kuih keria melaka. Nak beli kuih keria antarabangsa melaka jauh sangat, jadi kami pun buka projek kecil kecilan bersama anak-anak untuk buat kuih keria antarabangsa Haji Jalil dan kuih keria antarabangsa Hajah Rahmah yang famous, sedap dan montel secara homemade.

Resepi Kuih Keria Gula Melaka
Kuih Keria Gula Melaka


Resepi Kuih Keria Sukatan Cawan Mudah Sedap Lembut

Bahan untuk resepi kuih keria sira gula melaka :
  1. Satu kilogram ubi keledek merah atau keledek putih.
  2. Sedikit garam
  3. Tepung gandum
  4. Setengah sudu teh baking powder

Cara Buat Kuih Keria

Cara cara membuat kuih keria :

  1. Buang kulit, basuh dan rebus ubi keledek bersama sedikit garam
  2. Rebus hingga ubi keledek lembut
  3. Dah siap, tos kan dan biar sejuk seketika.
  4. Kemudian, lecek ubi keledek dan masukkan setengah sudu teh baking powder dan tepung gandum.Gaul sampai sebati. ( tepung jangan banyak sangat bimbang kuih keria keras nanti ).
  5. Sapukan tepung pada tapak tangan agar doh tidak melekat pada tangan 
  6. Bentukkan kuih keria macam donat montel.
  7. Rehatkan doh sekejap.
Step akhir, ambil doh kuih keria goreng sampai masak. Toskan.

Resepi Sira Kuih Keria Gula Melaka

Bahan untuk resepi sira kuih keria gula melaka :

  1. Satu cawan gula melaka
  2. Setengah cawan gula pasir
  3. Tiga cawan air
  4. Satu helai daun pandan

Cara Sira Kuih Keria Gula Melaka

Cara Membuat Sira Gula Melaka :

  1. Masak semua bahan diatas dan gaul hingga pekat.
  2. Dah pekat, masukkan kuih keria yang telah kita goreng dan tos tadi.
  3. Gaul hingga rata dan sebati biar nampak berkilat tapi jangan sampai kering pula tau.
Step akhir, angkat dan hidangkan atas meja untuk santapan semua. Jangan makan sorang-sorang tak baik. Cara nak buat kuih keria gula melaka mudah je kan, selamat mencuba.

> Resepi Onde Onde Gula Melaka Mudah Sedap Asli