Resepi Kek Marble Susu Sukatan Cawan Gebu Lembut. Baru lepas sauna untuk siapkan kek marble susu yang gebu gebas ini. Nikmatnya terasa apabila dapat makan kek marble susu panas panas. Lagi lagi yang bahagian tepi, rangup gitu.  Saya selitkan sekali resepi kek marble simple dan cara buat kek marble step by step dekat bawah :

Resepi Kek Marble Susu Sukatan Cawan
Kek Marble Susu Sukatan Cawan


Resepi Kek Marble Susu Gebu Lembut Sukatan Cawan

Bahan untuk kek marble susu mudah :

  1. Satu Cawan planta
  2. Satu cawan gula kastor
  3. Tiga biji telur
  4. Satu sudu kecil esen vanilla
  5. Dua sudu besar susu pekat
  6. Dua cawan tepung(kalau guna tepung naik sendiri tak perlu letak baking powder)
  7. Satu sudu besar baking powder
Cara Buat Kek Marble Susu

Cara cara membuat kek marble susu :

  1. Pukul gula dan planta hingga kembang
  2. Masukkan esen vanilla
  3. Pecahkan telur satu per satu
  4. Masukkan susu pekat
  5. Masukkan tepung yang telah siap ayak terlebih dahulu sedikit demi sedikit sampai habis
  6. Jika nak letak warna, sila bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam bekas berlainan dan bubuh pewarna mengikut pilihan hati.

Akhir sekali, bakar selama 45 min guna api atas bawah pada suhu 160 atau sampai masak terpulang pada oven masing-masing.