Resepi Cupcake Mulberry Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple. Hasil bertani sambil mesyuarat tingkap dengan jiran sebelah rumah tadi, dapatlah sedikit buah mulberry. Orang cakap beginilah untungnya bila kita berbakti pada tanah Jadi malam nanti kita diner ala kadar sahaja makan cup kek mulberry yang lembut dan gebu. Kawan kawan yang nak tahu cara nak buat cupcake mulberry, boleh ambil resepi cupcake mulberry simple dekat bawah :

Resepi Muffin Mulberry Sukatan Cawan
Resepi Cupcake Mulberry Sukatan Cawan


Resepi Muffin Mulberry Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi cupcake mulberry mudah :


  1. Dua ratus gram tepung gandum
  2. Satu setengah sudu teh baking powder
  3. Seratus gram gula castor
  4. Satu biji telur
  5. Satu per tiga cawan minyak masak
  6. Setengah cawan susu segar
  7. Satu sudu teh esen vanilla
  8. Satu cawan buah mullberry
  9. Satu cawan coklat chip


Cara Buat Cupcake Mulberry

Cara cara membuat cupcake mulberry :

  1. Ayak tepung gandum dan baking powder.
  2. Masukkan gula castor dalam tepung dan gaul sampai sebati.
  3. Dalam bekas lain, kacau telur bersama minyak masak hingga sebati. 
  4. Masukkan susu segar serta esen vanilla dan kacau sampai sebati.
  5. Masukkan tepung ke dalam adunan susu dan minyak dan kaup balik hingga rata.
  6. Masukkan buah mullberry dan coklat chip. Gaul sampai rata dan sebati.
  7. Tuang adunan ke dalam acuan.



Akhir sekali, bakar pada suhu 180°C selama empat puluh minit atau sampai masak bergantung kepada kapasiti oven masing-masing. Selamat mencuba.