ResepI Ayam Gunting Mudah Rangup Pedas Sedap Simple. Dalam seminggu dua saya selalu beli ayam gunting dengan orang yang meniaga dekat rumah. Nak jadi kan rezeki, tetiba tadi saya terdetik untuk tanya cara buat serbuk ayam gunting kerana rasa rempah ayam gunting dia rasa lain dan memang sedap. Jadi brader yang jual ayam gunting tu cakap kat saya, hari hari datang beli ayam gunting kenapa hari ini baru nak tanya ( sambil ketawa ). Saya pun cakap yang saya sebenarnya pemalu. Sembang punya sembang, brader tu pun kongsikan resepi ayam gunting yang dia guna. Menurutnya,dia pun dapat resepi ayam gunting dari orang lain untuk buat niaga selama ni.

ResepI Ayam Gunting Uncle Bob
ResepI Ayam Gunting


Resepi Ayam Gunting Rangup

Untuk resepi ayam goreng, saya guna resepi ayam gunting uncle bob :


Resepi Serbuk Ayam Gunting

Bahan untuk resepi perencah ayam gunting sedap :

  1. Satu kiub ayam
  2. Dua sudu besar serbuk paprika (jika suka pedas boleh tambah dan sebaliknya )
  3. Setengah bungkus jajan twisties perasa bbq
  4. Setengah sudu besar serbuk lada sulah
  5. Satu sudu besar gula

Cara Buat Serbuk Ayam Gunting

Cara buat rempah ayam gunting :
  1. Masukkan semua bahan serbuk ayam gunting ke dalam blender
  2. Blend kering sampai rata dan sebati.

Step akhir, taburkan serbuk ke atas ayam yang telah kita goreng tadi.Siap. Cara nak buat ayam gunting mudah je kan, selamat mencuba semua.