Cara Tanam Pokok Serai Dalam Pasu.  Selama saya cuba menanam lebihan serai yang di gunakan dalam masakan, semuanya kecundang dan menjadi busuk. Syukur sangat setelah mengamalkan cara semai serai dalam pasu yang di kongsikan oleh seorang kawan, pokok serai tumbuh dengan baik. Siap satu batang serai keluarkan banyak tunas lagi. Jom saya kongsikan cara tanam serai dalam pasu dengan mudah :

Cara Menanam Serai Dalam Pasu
Cara Tanam Serai Dalam Pasu


Cara Menanam  Serai Dalam Pasu

Cara tanam serai dalam pot :

  1. Potong pada pangkal serai
  2. Rendam dalam air
  3. Biarkan sampai keluar akar

Dah keluar akar, pindahkan pokok serai ke dalam pasu atau  tanah di kawasan rumah anda. Cara nak tanam serai dalam pasu mudah je kan, selamat mencuba.