Cara Tanak Pulut Guna Rice Cooker Dengan Mudah Dan Cepat.  Kepada yang belum tahu dan masih menggunakan dapur gas untuk kukus pulut , cara mudah tanak pulut adalah dengan tanak pulut guna rice cooker. Pulut pun masak elok je. Jom saya kongsikan cara menanak pulut dalam rice cooker :

Cara Tanak Pulut Dalam Rice Cooker
Cara Tanak Pulut Guna Rice Cooker


Cara Masak Pulut Guna Rice Cooker 

Cara menanak pulut guna rice cooker :

1. Basuh beras pulut macam biasa
2. Masukkan air agak-agak paras beras atau biar tenggelam beras pulut sikit
3. Tunggu hingga masak macam kita tanak nasi putih.

Ni, saya tanak pulut tanpa santan dan tak letak apa-apa sebab nak buat pulut durian. Biasa juga saya tanak pulut kuning guna rice cooker kalau nak makan sikit sikit bersama ahli rumah. Cuma santan saya letak sama rata dengan pulut agar tak lembik.  Diharap perkongsian mengenai cara nak tanak pulut pakai rice cooker dapat memberi sedikit manfaat. Selamat mencuba.

> Resepi Pulut Durian Kelantan Asli Original Tradisional