Cara Simpan Petai Tahan Lama Kekal Segar. Kawan-kawan yang tengah balik kampung kalau jumpa orang jual petai dekat tepi jalan jangan lupa beli dengan niat sedekah, boleh buat stok dekat rumah. Di samping dapat tolong peniaga mana tau kot-kot tengah terdesak nak guna duit. Petai kalau kena cara simpan akan tahan lama sampai berbulan-bulan. Jom saya kongsikan tips simpan petai tahan lama cara tradisional turun temurun keluarga saya :

Cara Simpan Petai Tahan Lama Dan Kekal Segar
Cara Simpan Petai Tahan Lama



Cara Menyimpan Petai Supaya Tahan Lama

  1. Kupas petai sebiji-sebiji.
  2. Buang selaput petai sampai sempurna. Selaput petai jika tak buang habis akan menyebabkan petai berkulat dan tak tahan lama kalau di frozen kan.( jangan basuh dengan air tau )
  3. Terus masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais bahagian sejuk beku.


Cara Menyimpan Petai Agar Tahan Lama

Masa nak guna ambil dan rendam biji petai yang kita nak guna sahaja. Elakkan petai yang lebih daripada kena air. Gambar atas adalah rupa petai yang sudah saya frozen beberapa bulan dan masih elok untuk masakan. Semoga petua simpan petai tahan lama diatas dapat memberi sedikit manfaat. Selamat mencuba.