Resepi Pau Kukus Gebu Sukatan Cawan. Puas hati sangat bila buat pau inti kastard durian menjadi dengan gebu dan lembut serta jayanya. Saya kalau makan pau tabiat untuk kupas kulit atas memang tak boleh lari. Dari dulu lagi. Ada tak kawan-kawan yang minat pau sama macam saya ? Kita geng. Okeylah sekarang saya nak kongsikan resepi pau kukus mudah dan sedap untuk rujukan kawan-kawan semua. Semoga bermanfaat.

Resepi Pau Kukus Gebu Dan Lembut
Resepi Pau Kukus Gebu


Resepi Pau Kukus Gebu Dan Lembut Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi pau gebu dan lembut :

  1. Satu kilogram tepung pau
  2. Sebelas gram yis atau satu pek kecil yis
  3. Satu sudu besar gula
  4. Satu sudu teh double action baking powder ( pakai yang biasa pun boleh )
  5. Dua sudu besar susu tepung
  6. Satu biji telur
  7. Setengah cawan minyak jagung
  8. Dua cawan air ( tambah sikit jika doh keras)


Cara Buat Pau Gebu Dan Lembut

Cara cara membuat pau gebu :

  1. Campurkan semua bahan dalam mixer,  uli sampai doh sebati lembut serta licin
  2. Bahagi doh ( Saya timbang lebih kurang 40 gram setiap satu dapat 42 biji )
  3. Masukkan inti dan kemaskan
  4. Sapu minyak sikit pada setiap biji pau dan letak atas alas kertas atau kalau hendak lagi wangi guna daun pisang.

Akhir sekali, tunggu sampai adunan pau naik berganda dan kukus sampai masak. Yang mana nak resepi pau inti kastard durian boleh tengok dekat bawah ya. Jumpa lagi.