Resepi Semperit Susu Sukatan Cawan Guna Tiga Bahan. Assalamualaikum dan selamat pagi semua kepada cheff sendirian berhad seluruh negara. Sihat ? Harap baik- baiklah semua ya. Pagi  ini kita akan buat kuih raya iaitu biskut semperit susu paling sedap dan paling mudah, semperit susu guna 3 bahan sahaja. Jom saya kongsikan resepi semperit susu 3 bahan yang mudah dan sedap :

Semperit Susu Sukatan Cawan
Semperit Susu Sukatan Cawan


Resepi Semperit Susu Gebu Lembut Sedap Mudah Ringkas

Bahan untuk resepi semperit susu simple :

  1. Satu ketul butter (250gram)
  2. Satu cawan susu coklat saji
  3. Empat ratus gram tepung jagung


Cara Buat Semperit Susu

Cara cara membuat semperit susu :

  1. Kacau butterbersama susu hingga sebati ( saya pakai senduk kayu)
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 
  3. Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan.
  4. Masukkan dalam acuan semperit dan tekan.


Akhir sekali, bakar suhu 160'c selama dua puluh minit atau sampai masak. Bergantung kepada kapasiti oven masing-masing. Cara nak buat semperit susu tiga bahan mudah je kan, selamat mencuba dan salam.

> Resepi Semperit Susu Tradisional Sukatan Cawan