Resepi Rendang Udang Sedap Simple Mudah Ringkas Special.  Kerana malam ini isomia melanda, saya masuk ke dapur untuk sediakan rendang udang buat sahur sekejap lagi. Meh saya ajarkan kepada kawn-kawan resepi udang masak rendang pedas cili api yang mudah dan sedap. Semoga bermanfaat.

Resepi Rendang Udang Simple
Resepi Rendang Udang Sedap


Resepi Rendang Udang Pedas Cili Api

Bahan untuk resepi rendang udang simple :

  1. Setengah kilogram Udang
  2. 200ml Santan Pekat (santan kotak kecil)
  3. Dua sudu besar kerisik
  4. Satu helai Daun kunyit (dihiris halus)
  5. Tiga helai Daun limau purut (disiat2)


Bahan Kisar :

  1. Enam ulas Bawang Merah
  2. Tiga ulas Bawang Putih
  3. Dua cm Lengkuas
  4. Dua cm Kunyit Hidup
  5. Dua cm Halia
  6. Tiga batang Serai
  7. Lima belas biji Cili Api ( boleh kurangkan kalau tak suka pedas )


Cara Masak Rendang Udang 

Cara cara memasak rendang udang :

  1. Tumis Semua  bahan yang telah dikisar sampai sebati
  2. Masukkan Udang, Santan serta sedikit air.
  3. Didihkan guna api perlahan
  4. Masukkan kerisik dan garam secukup rasa
  5. Masukkan hirisan daun kunyit serta daun limau purut
Akhir sekali, biarkan sampai kuah mencapai kepekatan yang anda inginkan. Selamat mencuba.