Resepi Takoyaki Sedap Dan Mudah. Melayan selera anak anak yang suka makan takoyaki. Apabila makanan paling mereka gemar makan susah nak dapat, makanya terpaksalah maknya turun padang untuk sediakan takoyaki homemade.

Resepi Takoyaki Simple
Resepi Takoyaki Mudah


Resepi Takoyaki Simple Senang Ringkas Special Jepun

Bahan untuk resepi takoyaki mudah :


  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Satu sudu besar tepung jagung
  3. Satu setengah cawan air
  4. Dua biji telur
  5. Serbuk pati ayam sikit
  6. Garam sikit


  • Masukkan semua bahan dan kacau hngga sebati


Bahan inti takoyaki :

  1. Isi ayam ( rebus dan potong kecil )
  2. Sotong ( rebus dan potong kecil )
  3. Udang ( rebus dan potong kecil )
  4. Sosej ( rebus dan potong kecil )
  5. Kobis ( hiris halus )
  6. Daun bawang ( hiris halus )


Cara Buat Takoyaki Simple

Cara cara membuat takoyaki dengan mudah :

  1. Panaskan acuan takoyaki
  2. Jika tiada acuan takoyaki boleh pakai acuan kuih cara
  3. Masukkan adunan tepung ke dalam acuan sampai penuh semua permukaan.
  4. Letakjan inti serta sayur..
  5. Pakai lidi sate bagi pusing takoyaki tersebut.
  6. Buatkan separuh bulat sampai garing dan pusingkan lagi sampai jadi bulat sepenuhnya.


Apabila sudah garing, keluarkan takoyaki dari acuan dan letak mayonis atau sos takoyaki. Kemudian taburkan serbuk kepingan ikan (bonito). Siap dan selamat mencuba.