Cara Buat Telur Masin Guna Air Garam.  Banyak orang yang suka makan telur masin. Mudah je cara nak buat telur masin..Rasa puas hati bila kita pandai buat sendiri telur masin sebab lebih sedap dan lebih bersih.

Cara Buat Telur Masin
Cara Buat Telur Masin


Resepi Telur Masin Homemade

  1. Lima belas biji telur itik yang sudah dibersihkan serta dikeringkan
  2. Lima ratus gram garam kasar
  3. Dua liter air


Cara Buat Telur Masin Itik

Cara cara membuat telur masin :

  1. Masak air besama garam sampai larut dan biarkan semalaman.
  2. Masukkan telur ke dalam balang atau bekas yang bertutup dan tuang air garam sampai semua telur terendam. 

Akhir sekali, biarkan selama sepuluh hingga dua belas hari. Oh ya, kalau nak guna telur ayam untuk buat telur masin guna resepi yang saya kongsikan kat atas pun boleh. Atas selera masing-masing.Selamat mencuba semua.