Resepi Popia Milo Rangup Sedap Simple Mudah Crunchy. Bulan puasa sudah makin hampir maknanya hari raya bakal bekunjung tiba. Kalau ada sesiapa yang sedang mencari resepi kuih raya mudah, saya cadangkan untuk buat popia milo kerana cara nak buat popia milo simple sangat-sangat. Anak-anak pun suka makan. Nak buat jajan makan depan tv pun boleh juga. Jangan nak tunggu viral dulu baru nak buat popia milo ini sebab sedap sangat-sangat. Saya kongsikan resepi popia milo mudah :

Resepi Popia Milo Sedap
Resepi Popia Milo Rangup


Resepi Popia Milo Sedap Mudah Senang Ringkas Rangup

Bahan untuk resepi popia milo crunchy :

  1. Satu paket kulit popia
  2. 200 gram nestum ( kisar halus )
  3. Satu cawan gula ( kisar halus )
  4. Lima sudu besar milo
  5. Lima sudu besar susu tepung
  6. Satu sudu besar tepung gandum dicampur bersama sedikit air untuk dijadikan pelekat
  7. Satu kilogram minyak masak untuk digunakan semasa prosos menggoreng


Cara Buat Popia Milo

Cara cara membuat popia milo :

  1. Gaul nestum, gula, milo dn susu tepung sampai sebati.  Asingkan seketika
  2. Gulung kulit popia guna chopstick. 
  3. Potong kulit popia yang telah siap digulung
  4. Goreng guna api sederhana dan toskan.

Setelah sejuk, gaulkan bersama adunan milo yang telah digaul sampai sebati tadi. Selamat mencuba.

> Resepi Popia Nestum Susu Sedap Rangup Crunchy Simple