Resepi Nasi Daging Utara Sedap Mudah Simple Ringkas. Nasi daging air asam utara memang terbaik. Bak kata orang kedah, makan sekali pasti nak tambah lagi dan lagi. Jom saya kongsikan resepi nasi daging utara yang mudah dan sedap :

Resepi Nasi Daging Utara Mudah Dan Sedap
Resepi Nasi Daging Utara Asli

Resepi Nasi Daging Utara Mudah

Bahan untuk resepi nasi daging utara simple :

  1. Setengash kilogram daging ( hiris dan rebus )
  2. Lima cawan beras
  3. Dua sudu besar rempah kurma
  4. Tiga rempah sekawan
  5. Satu sudu besar marjerin
  6. Satu ulas bawang merah ( hiris )
  7. Satu ulas bawang putih ( hiris )
  8. Satu helai daun pandan
  9. Setengah kiub pati ayam
  10. Suku setengah cawan susu cair
  11. Dua sudu besar sos tomato

Cara Masak Nasi Daging Utara

Cara cara membuat nasi daging utara :

  1. Panaskan minyak bersama marjerin
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, daun pandan, tiga rempah sekawan serta serbuk kurma. Kacau sekejap biar rata dan sebati serta berbau harum
  3. Masukkan beras yang telah dicuci dan toskan. Kacau biar rata serta sebati
  4. Masukkan empat setengah cawan air rebusan daging, susu cair dan sos tomato.
  5. Pindahkan periuk nasi ke dapor elektrik tunggu je smpai masak.

Akhir sekali, hiaskan dengan daun sup serta bawang goreng. Siap untuk dimakan bersama air asam kerisik. Selamat mencuba.

> Resepi Air Asam Kerisik Utara