Resepi Lepat Cendol Mudah Sedap Sukatan Cawan. Cerita petang tadi, kami sekeluarga makan kuih lepat cendol yang mudah dan sedap. Anak perempuan saya yang paling bongsu suka sangat makan lepat cendol. Kadang-kadang berebut dengan abang dia sebab tak cukup. Kita yang tengok tak tahu nak marah ke atau nak gelak. Apa apa pun, saya kongsikan resepi lepat cendol sedap :

Resepi Lepat Cendol Sukatan Cawan
Resepi Lepat Cendol Mudah


Resepi Lepat Cendol Sukatan Cawan Mudah Sedap Ringkas

Bahan untuk resepi lepat cendol simple :


  1. Satu cawan tepung jagung
  2. Satu cawan pati santan
  3. Satu cawan cendol
  4. Tiga cawan air
  5. Sedikit kapur makan
  6. Tujuh sudu gula ( suka manis, lebihkan dan sebaliknya )
  7. Daun pandan
  8. Sedikit garam

Cara Buat Lepat Cendol

Cara cara membuat lepat cendol :


  1. Bahan di atas kacau sampai pekat atas dapur
  2. Bila sudah pekat dan meletup-letup, masukkan cendol yang sudah dibersih serta ditoskan
  3. Kalau sikit lagi secara perlahan-lahan dan keluarkan daun pandan.
  4. Tutup api dapur.


Akhir sekali, letakkan adunan kuih lepat cendol atas daun pisang yang telah di layur guna api. Bungkus kemudian kukus sampai masak. Dah siap, biarkan seketika pada suhu bilik dan simpan dalam peti ais untuk lebih kenikmatan. Nak makan terus pun boleh. Selamat mencuba.

> Resepi Kuih Talam Cendol Sukatan Cawan