Resepi Kuih Nagasari Pisang Sedap Mudah Simple Asli.  Kuih nagasari aka kuih bandang dalam bahasa bugisnya. Memang terbaik kuih nagasari kukus, sedap sampai menjilat sudu. Kuih nagasari yang original pakai daun pisang tapi saya cari daun pisang tidak jumpa, jadi kita guna loyang sahaja. Resepi nagasari dalam loyang ada saya kongsikan dibawah, simple sahaja cara nak buatnya :

Resepi Nagasari Pisang Mudah
Resepi Nagasari Pisang Sedap


Resepi Nagasari Asli Original Tradisional Bugis

Bahan untuk resepi kuih nagasari pisang mudah :

  1. Pisang atau nangka atau cendol atau cempedak
  2. Dua cawan tepung beras
  3. Satu kotak santan dicampur dengan empat cawan air
  4. Satu setengah sudu besar tepung jagung
  5. Tiga sudu besar gula
  6. Satu sudu kecil garam
  7. Dua helai daun pandan ( simpul )


Cara Buat Kuih Nagasari Pisang

Cara cara membuat nagasari pisang :

  1. Satukan semua bahan diatas ke dalam periuk
  2. Kacau guna api sederhana sampai pekat likat dan berkilat.
  3. Masukkan pisang atau buah yang anda inginkan. Saya guna pisang anggaran dalam 6 biji pisang.
  4. Tuang ke dalam loyang. ( saya tiada daun pisang )


Akhir sekali, kuih nagasari kukus selama setengah jam atau sampai masak. Sejukkan dahulu dan baru boleh dihidangkan.