Resepi Kuih Lopes Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan. Sarapan dengan kuih lopes tradisional kami hari ini. Tempat kawan-kawan panggil kueh lopis ni ? Kami panggil kuih lopes pulut. Resepi kuih lopes asli, sedap dan mudah ada saya sertakan sekali dibawah :

Kuih Lopes Resepi
Kuih Lopes Tradisional


Resepi Kuih Lopes Sukatan Cawan Sedap Simple Ringkas

Bahan untuk resepi kuih lopes simple :
  1. Dua cawan beras pulut ( cuci bersih, rendam sejam, kemudian toskan )
  2. Satu cawan santan pekat
  3. Setengah sudu kecil garam
  4. Satu sudu kecil pewarna hijau
  5. Air sikit
  6. Kelapa parut ( campur dengan sedikit garam dan gula )


Cara Buat Kuih Lopes Pulut

Cara buat kuih lopes mudah :

  1. Masukkan semua bahan ( kecuali kelapa parut ) dan kacau sebati
  2. Tambah sedikit air bagi tenggelam beras pulut sahaja, jangan terlebih air nanti lembik tak sedap
  3. Kukus sampai masak dan kacau pulut bagi rata. 
  4. Kukus balik dalam lima minit lagi..
  5. Angkat dan tunggu pulut suam-suam sikit kemudian bentukkan ikut kreativiti anda. Saya suka buat bulat dan leperkan sikit. Ada juga suka buat kuih lopes tiga segi. Terpulang.
  6. Gaulkan pulut semasa masih suam dengan kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam dan gula.


Resepi Kuah Gula Melaka Kuih Lopes

Bahan untuk resepi kuah kuih lopes sedap :

  1. Tiga keping gula melaka saiz sederhana
  2. Empat cawan air
  3. Gula pasir mengikut tahap kemanisan yang anda mahu
  4. Dua helai daun pandan


Cara Buat Kuah Gula Melaka Kuih Lopes

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk
  2. Masak guna api sederhana sampai gula pasir dan gula melaka larut serta kuah menjadi sedikit pekat.
  3. Rasa sikit, kalau sudah mengikut citarasa anda. Boleh tutup api dapur.

Sekarang sudah siap kuih lopes dan pasangannya kuah gula melaka. Cara buat kuih lopes simple je kan, selamat mencuba semua.