Resepi Kuih Bom Pisang Sukatan Cawan Gebu Lembut. Untuk pengetahuan kawan-kawan, kuih bom pisang adalah berlainan dengan cekodok pisang. Ini disebabkan tekstur kuih bom pisang yang rangup diluar dan lembut serta gebu seperti kek pada bahagian dalam. Kuih bom pisang juga tidak menyerap minyak. Saya kongsikan resepi kuih bom pisang tanpa perap dibawah :

Resepi Bom Pisang Sukatan Cawan
Resepi Bom Pisang Sukatan Cawan


Resepi Kuih Bom Pisang Simple Sedap Mudah Ringkas

Bahan untuk resepi kuih bom pisang mudah :

  1. Dua cawan pisang di lecek (  lenyek baru sukat )
  2. Satu cawan gula  ( boleh dikurangkan)
  3. Dua sudu besar susu tepung
  4. Dua sudu kecil soda bikabonat
  5. Satu sudu kecil baking powder
  6. Dua, tiga per empat cawan tepung gandum


Cara Buat Kuih Bom Pisang

Cara cara buat kuih bom pisang :

  1. Masukkan pisang, gula, susu tepung, soda bikabonat, serbuk penaik dan kacau sampai sebati.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil gaul sebati.
  3. Adunan kuih bom pisang akan menjadi likat sedikit

Akhir sekali, panaskan minyak dan masak menggunakan api sederhana bagi memastikan kuih bom pisang masak sekata. Selamat mencuba.

> Resepi Apam Pisang Kukus Gebu Lembut Sukatan Cawan