Resepi Cucur Bawang Rangup Lembut Mudah Sedap Simple. Hari ini menu petang disediakan oleh encik suami..Cucur bawang yang lembut dan rangup. Isterinya nak rehat lebih sikit sebab tadi puas bersilat di dapur untuk menyiapkan makan tengah hari tadi.

Resepi Cucur Bawang Rangup
Resepi Cucur Bawang


Resepi Cucur Bawang Sedap Lembut Mudah Ringkas Senang

Bahan untuk resepi cucur bawang simple :

  1. Tepung gandum
  2. Bawang merah
  3. Kucai
  4. Air
  5. Garam secukup rasa
  6. Soda bikarbonat ( bubuh sikit je dalam suku sudu teh )


Cara Buat Cucur Bawang Rangup

Cara cara membuat cucur bawang sedap :

  1. Campurkan semua bahan diatas dan kacau sampai sebati. 
  2. Adunan cucur bawang jangan terlalu likat dan jangan terlalu cair. Sedang sedang sahaja.
  3. Panaskan minyak dan goreng sampai masak.


Boleh juga kalau nak tambah sosej, ikan bilis, udang, ayam, daging yang telah siap dihiris atau sayur-sayuran seperti sawi, taugeh dan kentang ke dalam adunan cucur diatas. Selamat mencuba.