Resepi Ayam Ungkep Johor Jawa Sedap Simple Asli Original. Salam tengahari semua, oleh kerana encik suami tiada maka keluar lah menu jawa iaitu ayam masak ungkep asli tradisional orang jawa. Suami tak makan sangat lauk ayam ungkep sebab dia tekak melayu. Tapi anak-anak suka ada yang sampai makan tambah tiga kali. Saya kongsikan resepi ayam ungkep mudah wong jowo kot-kot ada yang nak cuba buat :

Resepi Ayam Ungkep Sedap
Resepi Ayam Ungkep Jawa


Resepi Ayam Ungkep Jawa  Asli Original Tradisional

Bahan untuk resepi ayam ungkep ringkas :

A) Bahan kisar halus


  1. Enam tangkai lada kering
  2. Lapan ulas bawang kecil
  3. Lima ulas bawang putih
  4. Dua inchi kunyit hidup
  5. Tiga sudu besar ketumbar 
  6. Dua sudu besar jintan putih
  7. Satu sudu besar jintan manis
B) Bahan Rempah Ayam Ungkep Jawa


  1. Rempah tumis ( kayumanis, bunga lawang  dan bunga cengkih)
  2. Tiga batang Serai ( ketuk )
  3. Air asam jawa
  4. Tiga biji kentang ( potong ikut suka )

Cara Masak Ayam Ungkep

Cara cara membuat ayam ungkep jawa :


  1. Panaskan minyak, masukkan rempah.Tumis sekejap.
  2. Kemudian, masukkan bahan kisar halus tadi.. 
  3. Masukkan juga serai yang telah diketuk. Tumis hingga naik bau serta garing.
  4. Selepas itu, masukkan ayam
  5. Kacau hingga sebati dan tutup pakai tudung periuk sampai air ayam keluar.
  6. Perlahankan api dapur.
  7. Apabila air ayam sudah keluar, sambung kacau dan masukkan air asam jawa.
  8. Masukkan air sampai 3/4 penuh meliputi ayam.
  9. Sederhanakan kembali nyalaan api dapur.
  10. Masukkan garam dan kentang
  11. Rasa sikit untuk seimbangkan rasa. 

Akhir sekali, biarkan sampai kuah ayam ungkep pekat atau kering. Dah siap masukkan dalam pinggan, dah boleh makan dengan nasi putih. Selamat mencuba.