Resepi Air Asam Kerisik Utara. Oleh kerana semalam saya hanya sempat berkongsi resepi nasi daging utara yang mudah dan sedap, jadi hari ini saya ingin kongsikan pasangannya iaitu resepi air asam utara.

Resepi Air Asam Kerisik Utara Sedap
Air Asam Kerisik Utara

Resepi Air Asam Kerisik Utara Sedap Simple Ringkas

Bahan untuk resepi air asam kerisik utara mudah :

  1. Asam jawa
  2. Satu sudu besar kerisik

Bahan hiris :

  1. Satu biji tomato
  2. Tiga ulas bawang merah
  3. Tiga biji cili padi

Bahan tumbuk :

  1. Tiga batang cili merah
  2. Empat biji cili padi
  3. Belacan sebesar ibu jari
  4. Garam
  5. Gula

Cara Buat Air Asam Kerisik

Cara cara membuat air asam kerisik

  1. Masukkan bahan hiris ke dalam mangkuk
  2. Masukkan bahan tumbuk
  3. Tuang air asam jawa dan air kosong sikit dan gaul sampai sebati
  4. Akhir, masukkan kerisik dan gaul sampai rata serta sebati.
  5. Siap.