Cara Buat Sambal Belacan Kampung

Cara Buat Sambal Belacan Kampung. Dulu, masa saya masih sekolah mak selalu buat sambal belacan cili kering untuk kami adik beradik. Dah berbelas tahun rasanya saya tak makan sambal belacan, tiba-tiba hari ini mak minta saya buatkan sambal belacan yang sama macam dulu-dulu. Nostalgia dan sebak sungguh bila diingatkan yang kami dahulunya hidup susah sangat, apa yang mak hidangkan semua kami makan tanpa rasa kekurangan.Syukur.

Cara Buat Sambal Belacan Simple
Cara Buat Sambal Belacan Mudah


Cara Buat Sambal Belacan Simple

Bahan untuk resepi sambal belacan cili kering :

  1. Sebiji bwg besar saiz sederhana
  2. Seulas bwg putih
  3. Seketul belacan
  4. Ikan bilis-kalau suka
  5. Cili kering

Cara Buat Sambal Belacan Sedap

Cara-cara membuat sambal belacan sedap :

  1. Goreng semua bahan sampai naik bau
  2. Cili kering goreng dengan api perlahan kerana mudah hangit
  3. Tumbuk atau kisar sampai hancur
  4. Seimbangkan rasa dengan garam gula asam jawa atau limau

Sedap makan dengan nasi panas, sayur lemak putih, ikan masin. Selamat mencuba.

1 comment: