Resepi Tempe Goreng Salut Tepung Rangup Sedap Mudah. Asyik makan tempe goreng sambal, sekali sekala kita buat tempe goreng salut tepung crispy lak.Resepi tempe goreng senang  sangat dan boleh buat jajan makan depan tv. Sedar -sedar tinggal kerak sahaja.

Resepi Tempe Goreng Celup Tepung
Resepi Tempe Goreng


Resepi Tempe Goreng Celup Tepung Crispy Simple Senang

 Bahan untuk buat tempe goreng salut tepung :

  1. Empat hingga lima sudu besar tepung serbaguna ( nak pakai yang brand lain pun boleh )
  2. Satu bungkus tempe
  3. Air secukupnya
  4. Secubit garam

Cara Masak Tempe Goreng

  1. Potong tempe
  2. Bancuh tepung dengan air (jangan cair dan jangan likat sangat, macam tepung goreng pisang )
  3. Bila dah sebati, masukkan tempe
  4. Panaskan minyak.
  5. Pastikan minyak betul-betul panas baru masuk tempe yang dah disalut tepung
Goreng sampai warna tempe bertukar keemasan atau masak. Toskan dan hidang untuk santapan.Selamat mencuba.