Resepi Kuih Ketayap Mudah Sukatan Cawan Sedap Lembut Gebu. Seingat saya, paling akhir makan kuih ketayap masa zaman sekolah dulu. Ada jugak yang panggil ni kuih tokyo dan kuih apam suri. Tadi cuba buat kuih ketayap sebab lama dah tak makan. Resepi kuih ketayap simple sukatan cawan saya guna. Syukur, menjadi walaupun cubaan kali pertama.

Resepi Kuih Ketayap Sedap
Resepi Kuih Ketayap


Resepi Kuih Tokyo Mudah Sukatan Cawan Gebu Lembut

Bahan untuk buat kulit kuih ketayap
  1. Dua cawan gandum
  2. Dua cawan air
  3. Sebiji biji telur gred A
  4. Empat sudu gula
  5. Satu sudu kecil yis
  6. Secubit garam
  7. Sedikit pewarna kuning

Gaul sebati serta perap selama setengah jam. Sambil tunggu, kita buat inti kuih ketayap dulu.


Resepi Inti Kuih Ketayap

Bahan untuk resepi inti kastard sedap :

  1. Satu cawan gandum
  2. Dua cawan air
  3. Satu cawan susu cair
  4. Satu cawan gula 
  5. Secubit garam
  6. Dua sudu tepung kastard atau jagung
  7. Sedikit pewarna pink

Cara Buat Kuih Ketayap

  1. Masukkan semua bahan dan kacau sampai sebati dan tak berketul. Kalau berketul,tapis.
  2. Letak atas dapur dan kacau lagi sampai likat
  3. Panaskan pan non stick letak satu senduk.
  4. Bila masak letak inti satu sudu atau sesedap rasa.
Kalau kawan-kawan nak letak inti sekaya pandan atau inti kelapa gula merah pun boleh dalam kuih ketayap tu. Resepi dan cara buat sekaya pandan ada saya kongsikan dekat bawah. Selamat mencuba.