Resepi Kek Pandan Kukus Sukatan Cawan Lembut Gebu.  Dari tadi asyik fikir nak masak apa untuk anak-anak yang makin membesar makan petang. Walaupun ibu tak berapa nak sihat tapi gagahkan juga diri untuk buat kek pandan kukus. Anak sulung suka sangat makan kek pandan kukus. Saya kongsikan resepi kek pandan kukus simple dibawah :

Resepi Kek Pandan Kukus Simple
Resepi Kek Pandan Kukus


Resepi Kek Pandan Kukus Mudah Sedap Sukatan Cawan

  1. Setengah cawan gula halus
  2. Tiga biji telur
  3. Suku cawan susu cair. (Sya pakai fresh milk sbb xda susu cair)
  4. Suku cawan minyak
  5. Satu sudu besar ovalate
  6. Satu sudu kecil pewarna hijau
  7. Satu sudu besar ovalate
  8. Satu sudu kecil esen pandan

Kisar bahan diatas sampai kembang

Bahan ayak :

  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Satu sudu besar baking powder

Cara Buat Kek Pandan Kukus

Tuangkan adunan kek pandan kukus yang telah dikisar ke dalam bekas yang telah anda sedikan. Masukkan tepung secara sedikit demi sedikit. Kemudian, kacau guna whisk hingga rata. Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang. Kukus setelah air mendidih dalam lebih kurang tiga puluh minit. Siap.

> Resepi Kek Minyak Kukus Tanpa Telur Sukatan Cawan