Resepi Karipap Pusing Sukatan Cawan Lembut Gebu Rangup Frozen. Kejadian petang ini, karipap pusing inti daging dan kentang untuk santapan bersama ahli keluarga. Anak anak cukup suka makan karipap pusing rangup. Biasanya bila saya hidangkan karipap kompem cepat je habis. Tak kira masa samaada tengah tengok tv atau tengah bermain sempat je diaorang sambar. Sedar sedar sudah habis semuanya. Bila di tanya jawabnya ketagih sebab karipap pusing yang paling sedap adalah karipap yang di buat oleh mak dia. Jika beli dekat kedai atau penjaja rasanya tak sama. Dari nak marah sampai tersenyum sendiri saya bila dengar anak cakap macam tu. Ada tak sesiapa yang nak cuba buat kuih karipap pusing, resepi karipap pusing rangup dan sedap ada saya kongsikan dibawah :


Karipap Pusing Sukatan Cawan

Resepi Karipap Pusing Mudah Sedap Rangup Simple Ringkas

Bahan untuk membuat kulit karipap pusing :

Cara Buat Karipap Pusing Sukatan Cawan


Resepi Karipap Pusing Frozen



Doh minyak

  1. Dua setengah cawan tepung gandum
  2. Satu sudu teh garam
  3. Satu per empat cawan minyak ( panaskan )
  4. Setengah cawan air (berhenti masukkan air apabila doh sudah tidak melekat pada tangan

Cara Buat Karipap Pusing Step By Step



Doh majerin


  1. Satu setengah cawan tepung gandum
  2. Setengah cawan margerin
  3. Dua sudu besar shortening
> Resepi Inti Karipap Sardin Sedap
> Resepi Inti Karipap Ikan Terengganu Asli Original Tradisional
>Resepi Inti Karipap Kentang Ayam
> Resepi Inti Karipap Daging Lada Hitam



Cara Buat Karipap Pusing

Cara membuat karipap pusing :

  1. Bulatkan doh sama besar
  2. Masukkan doh majerin ke dalam doh minyak
  3. Kepalkan dan rehatkan seketika
  4. Canai doh dan gulung
  5. Canai lagi dan gulung
  6. Ulang sampai habis
  7. Potong nipis, dicanai dan masukkan inti
  8. Sedia untuk digoreng.
Nota kulit karipap pusing inti kentang daging, masa menggulung sila sapukan sedikit air. Selamat mencuba dan semoga berjaya. Salam.

> Cara Buat Karipap Frozen Untuk Jualan