Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh Pahang Asli Original Tradisional. Siap masak ikan patin masak tempoyak untuk makan tengahari nanti. Tak payah lauk lain dah la kalau ada kuah ikan patin masak tempoyak original ni, tak tambah dua pinggan nasi tak sah. Siapa suka ikan patin masak tempoyak? Kita geng. Resepi ikan patin masak tempoyak mudah dan sedap ada saya kongsikan dibawah :

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh
Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak


Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Simple Sedap Mudah

Bahan untuk buat ikan patin masak tempoyak :
  1. Seekor ikan patin sederhana besar
  2. Tiga biji cili besar merah
  3. Dua puluh satu biji cili kampung merah
  4. Satu setengah inchi kunyit hidup
  5. Dua senduk tempoyak masam
  6. Dua senduk tempoyam manis
  7. Dua kuntum bunga kantan
  8. Satu cekak daun kesum
  9. Petai ( optional )
  10. Timun tua ( optional )
  11. Garam
  12. Gula


Cara Masak Ikan Patin Masak Tempoyak

  1. Tumbuk cili bersama kunyit hidup tapi jangan hancur sangat. Gaulkan bersama tempoyak.
  2. Masukkan dalam periuk, tambah air  main agak-agak sahaja ye asalkan jangan penuh periuk nanti takut melimpah pula. Biar kuah ikan patin tempoyak mengelegak dan sekata.
  3. Masukkan ikan patin , petai, timun, bunga kantan serta daun kesum. Jangan kacau sangat bimbang hancur ikan patin nanti. Cuma lambuk-lambukkan sahaja kuah ikan patin masak tempoyak tersebut.
  4. Akhir sekali perasakan garam dan gula sesedap rasa.
  5. Apabila ikan sudah masak dan timun sudah empuk boleh lah tutup api.


Tips Masak Ikan Patin Masak Tempoyak

  1. Bagi mendapatkan kuah ikan patin masak tempoyak yang cantik, kita perlua pakai lada merah, baru warna kuah menjadi menarik
  2. Jangan guna cili panjang kerana akan buat kuah rasa payau. Guna cili kampung atau cili sentel.
  3. Nak ikan patin masak tempoyak sedap, jangan kedekut tempoyak Jika tempoyak kurang kuah menjadi cair dan  tak berapa nak sedap.


Kepada yang tak suka makan ikan patin, jangan bimbang dan khuatir kerana resepi masak tempoyak diatas bukan sahaja terhad kepada ikan patin sahaja, malah ikan lain seperti ikan kembung, ayam dan lain-lain yang sewaktu dengannya pun boleh. Selamat mencuba.