Resepi Daging Masak Hitam Berempah Sedap Mudah Simple

Resepi Daging Masak Hitam Berempah Sedap Mudah Simple. Mengidam nak makan daging masak hitam mamak, jadi rajinkan diri masuk dapur dan masak daging hitam kerisik berempah.Kalau makan, mesti menambah dan tak pandang dah lauk yang lain dah. Kalau raya, mesti masak daging masak hitam kerisik juga. Sedap di makan dengan nasi minyak. Tapi saya makan dengan nasi panas panas pun sedap.

Resepi Daging Masak Hitam Berempah
Resepi Daging Masak Hitam Mamak


Resepi Daging Masak Hitam Kerisik Kenduri Ringkas Senang

Bahan-bahan untuk masak daging hitam kerisik :

  1. Satu kilogram daging
  2. Rempah empat sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
  3. Dua sudu besar kicap pekat
  4. Tiga hingga empat sudu besar cili kering kisar
  5. Kicap manis/kicap masin secukupnya
  6. Air secukupnya
  7. Garam dan gula secukup rasa
  8. Satu sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
  9. Satu sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
  10. Satu sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  11. Air asam jawa
  12. Dua hingga tiga sudu makan kerisik


Bahan kisar untuk buat daging masak hitam berempah :
  1. Satu labu bawang besar
  2. Tujuh biji bawang merah
  3. Empat ulas bawang putih
  4. Satu batang serai
  5. Satu inci halia
  6. Satu  inci lengkuas


Cara Buat Daging Masak Hitam Kerisik Berempah
  1. Ambil dua hingga tiga sudu besar bahan bahan kisar dan gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar  dalam lebih kurang 30 minit.
  2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali atau periuk. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak sampai hampir empuk.
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masak sampai daging empuk.


Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak. Nak makan dengan nasi putih macam saya pun boleh. Ikut selera masing-masing. Selamat mencuba.

1 comment:

NINA FARHANA said...

Boleh try ni.slalu daging goreng kunyit je �� tq sudi share resepi.

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

Post a Comment

×