Resepi Cucur Udang Sedap Rangup Lembut Simple Tanpa Telur. Cucur udang tanpa telur untuk minum petang yang santai sambil menikmati keindahan alam. Kalau di tempat saya, kuih cucur udang akan banyak jumpa masa bulan puasa sahaja, hari biasa kurang. Saya tak tahu kot kat mana ada jual cucur udang. Resepi cucur udang simple mudah ringkas tanpa telur saya kongsikan untuk kawan-kawan cuba sendiri di rumah.

Resepi Cucur Udang Tanpa Telur
Resepi Cucur Udang Lembut


Resepi Cucur Udang Rangup Mamak Ringkas Gebu Special

  1. Dua cawan tepung gandum
  2.  Udang ikut suka nak bubuh banyak mana
  3.  Bawang
  4.  Daun kucai 
  5. Cili merah
  6. Garam secukup rasa
  7. Sedikit serbuk kunyit
  8. Satu sudu kecil yis ( Campur yis bersama sedikit air suam dan sedikit gula. Biarkan sekejap sampai kembang ).
  9. Sedikit Air

Cara Buat Cucur Udang

Cara-cara membuat cucur udang :

  1. Masukkan semua bahan dan gaul sampai sebati
  2. Biarkan adunan cucur udang dalam bekas tertutup selama lima belas minit sebelum proses menggoreng.


Cara Goreng Cucur Udang

Cara-cara masak cucur udang :

Rendamkan senduk dalam minyak panas sekejap, kemudian cedok adunan mengguna senduk yang sama,  dan celupkan ke dalam kuali. Selepas itu, gunakan sudu bagi menanggalkan adunan dari senduk tersebut. Siap. Selamat mencuba.

> Resepi Cucur Jagung Manis Lembut Gebu Rangup