Resepi Cream Puff Gebu Mudah Simple Sedap Sukatan Cawan. Yum yum.Tengah hangat ni pekena creampuffs yang sejuk nyaman dengan filling yang seakan-akan vanilla ice-cream, memang sedap lah. Ada yang suka tak ? Dulu saya ada juga buat niaga sikit-sikit cream puff ni, tapi sekarang dah tak dah. Encik suami suka sangat makan kuih cream puff ni. Kalau buat sikit-sikit selalu je dia tak cukup. Lepas tu mulalah ambil yang anak dia punya. Budak- budak pulak tau lah dia punya perangai bila orang ambil barang dia. Letih memujuk. Jom saya kongsikan resepi cream puff mudah sukatan cawan :



Resepi Cream Puff Sukatan Cawan
Resepi Cream Puff Gebu Sukatan Cawan


Resepi Cream Puff  Whipping Cream Sukatan Cawan Lembut Gebu

Cream Puff Gebu Resepi
Cream Puff Gebu Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi cream puff sukatan cawan :

  1. Setengah cawan mentega
  2. Satu cawan air
  3. Satu cawan tepung
  4. Empat biji telur


Cara Buat Cream Puff Sukatan Cawan

Cara Buat Cream Puff Gebu :


  1. Panaskan air dan masukkan mentega, kacau sampai mentega cair.
  2. Biarkan sampai adunan mendidih, tapi jangan biarkan terlalu lama sangat
  3. Masukkan tepung serta kacau dengan cepat sampai tepung tidak melekat pada periuk.
  4. Adunan tepung mestilah kelihatan kental serta tidak cair sangat.
  5. Biarkan adunan tepung betul-betul sejuk
  6. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
  7. Boleh jugak menggunakan mixer dengan kelajuan yang maksimum.
  8. Adunan yang dihasilkan perlu lah licin dan berkilat.
  9. Masukkan adunan dalam piping beg dan paipkan ikut kreativiti sendiri.
  10. Sebelum membakar renjiskan sedikit air di atas cream puffs.
  11. Tujuan nya bagi menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam cream puffs.

Step akhir, bakar cream puffs pada suhu 220 pada lima belas minit pertama, dan turunkan ke suhu 190 dan bakar lagi selama lima belas minit. Sebaiknya jangan sapu butter atau marjerin pada loyang. Bimbang nanti cream puffs hangit. Pakai parchment paper.Apabila sudah sejuk, paipkan filling dan tabur dengan snow powder. Cara buat cream puff mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.