Resepi Burger Malaysia Sukatan Cawan Sedap Simple Lembut Gebu. Dahulu masa masih bersekolah, saya dan rakan-rakan panggil kuih tradisional  ini sebagai burger Malaysia. Ada dua jenis burger malaysia inti sambal bilis dan burger malaysia inti sardin. Setiap minggu akan beli tanpa miss tau. Korang panggil kuih ni apa? Kuih burger kampung, kuih kalori, kuih mini burger, kuih donat sambal, kuih sadam hussin, kuih poket doraemon, kuih pacman, kuih rock ? Haa yang mana satu. Jom saya kongsikan resepi burger malaysia mudah sedap dan senang.

Resepi Burger Malaysia Sedap Mudah Lembut Sukatan Cawan
Resepi Burger Malaysia Sukatan Cawan


Resepi Burger Malaysia Gebu Sukatan Cawan Lembut Mudah Simple

Bahan-bahan untuk resepi burger malaysia simple :

Burger Malaysia Recipe
Burger Malaysia Resepi


Bahan A

  1. Satu setengah cawan air suam
  2. Satu paket yis
  3. Dua sudu besar gula pasir


  • Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas. Kacau serta biarkan selama lima hingga enam minit.

Bahan B
  1. Empat setengah  cawan tepung gandum
  2. Dua sudu besar membukit butter ( optional majerin )
  3. Dua sudu besar susu pekat manis
  4. Satu setengah sudu teh double action baking powder ( boleh gak pakai baking powder biasa )
  5. Setengah sudu teh  baking soda( untuk buat kulit burger malaysia rangup rangup)


  • Masukkan semua bahan Bahan B dan gaul sampai jadi serbuk

Kuih Burger Malaysia Gebu
Kuih Burger Malaysia Sukatan Cawan


Cara Buat Kuih Burger Malaysia
  1. Satukan bahan A ke dalam bahan B 
  2. Gaul dan uli hingga sebati dalam lebih kurang lapan hingga sepuluh minit
  3. Peram dalam bekas dan tutup selama sepuluh minit
  4. Tabur tepung dalam talam sikit
  5. Bulat-bulatkan doh..ikut saiz yangg dikehendaki
  6. Tekan sikit atas doh beger Malaysia
  7. Susun dalam talam. Ulang sampai habis.
  8. Peram sekali lagi dalam masa lapan belas hingga dua puluh minit 

Burger Malaysia Lembut Dan Gebu
Resepi Burger Malaysia Lembut Dan Gebu


Step akhir, goreng menggunakan api sederhana. Toskan dan asingkan seketika. 

Kuih Burger Malaysia Lembut Sukatan Cawan
Resepi Kuih Burger Malaysia Lembut Sukatan Cawan


Resepi Inti Burger Malaysia Sambal Bilis

Resepi sambal bilis burger Malaysia :

Resepi Sambal Burger Mini
Resepi Sambal Burger Malaysia


Bahan A
  1. Dua genggam ikan bilis ( goreng dan toskan )
  2. Satu biji bawang besar ( hiris )
  3. Dua sudu besar sos cili
  4. Satu setengah sudu besar gula
  5. Sedikit garam
  6. Bahan perasa kalau perlu
  7. Setengah cawan air
  8. Satu setengah senduk minyak masak untuk menumis


Bahan B : Blend

  1. Sepuluh hingga dua belas tangkai cili kering
  2. Satu biji bawang besar
  3. Tiga hingga empat ulas bawang putih


Cara Buat Sambal Bilis Burger Malaysia

Cara buat sambal burger malaysia :

  1. Panaskan minyak masak
  2. Tumis bahan kisar
  3. Masukkan gula
  4. Tumiskan sampai  betul-betul naik minyak serta cili berubah warna
  5. Masukkan sos cili..kacau
  6. masukkan bawang hiris dan ikan bilis dan air
  7. Bila pekat, masukkan garam
  8. Kacau kacau sikit dan tutup api dapur.

Cara Buat Burger Malaysia Sukatan Cawan

Mini Burger Buns
Resepi Mini Burger Sambal Ikan Bilis


Cara Membuat Burger Malaysia :

Belah dua roti burger yang telah ditoskan dan letakkan sambal ikan bilis dan hirisan timun batang  ke dalam burger Malaysia. Sekarang siap untuk dihidangkan kepada ahli keluarga mahupun tetamu yang bertandang ke rumah. Cara buat burger malaysia mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di esok lusa jika tiada aral melintang.