Resepi Biskut Peanut Butter Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Tradisional. Masa zaman tahun 80an hingga 90an dulu kalau nak makan biskut mentega kacang kena tunggu hari raya aidilfitri baru dapat merasa. Tapi sekarang ni dah tak perlu tunggu hari raya dah. Bak kata orang Kolumpo hari hari hari raya. Siapa sempat makan biskut peanut butter lama, tradisional dan penuh nostalgia ni ? Saya selitkan resepi biskut peanut butter gebu sukatan cawan :

Biskut Peanut Butter
Resepi Biskut Peanut Butter

Resepi Biskut Peanut Butter Sukatan Cawan Lembut Gebu

Bahan untuk resepi biskut peanut butter mudah :

  1. Satu cawan butter
  2. Setengah cawan gula castard
  3. Satu setengah cawan tepung gandum(di ayak)
  4. Setengah cawan tepung jagung(di ayak)
  5. Dua sudu peanut butter (yang kasar)
  6. Satu biji kuning telur
  7. Satu sudu kecil esen vanilla
  8. Kismis


Cara Buat Biskut Peanut Butter

Cara buat kuih peanut butter :

  1. Pukul butter bersama gula sampai kembang 
  2. Kemudian masukkan peanut butter, esen vanila dan kuning telur, kacau sampai rata.
  3. Selepas itu, masukkan tepung jagung dan tepung gandum serta gaul sebati guna tangan
  4. Bila dah siap buat bulat-bulat pakai tapak letak dalam acuan kuih dan bakar dalam oven sampai masak.
Kalau kawan-kawan nak tahu, biskut peanut butter atau biskut mentega kacang adalah salah satu resepi biskut raya mudah dan sedap serta mendapat sambutan dari para tetamu di hari raya hari yang mulia. Cara membuat biskut peanut butter mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.