Resepi Biskut Coklat Chips Mudah Sedap Sukatan Cawan. Resepi biskut raya mudah dan sedap, biskut coklat chips. Anak-anak suka sangat makan biskut coklat chips yang ibu dia buat. Tengok belum nak raya lagi dah minta buat biskut coklat chips. Diaorang cakap ibu buat biskut coklat chipsmore sedap lembut rangup. Ibu pulak pantang dipuji terus masuk dapur. Saya kongsikan resepi biskut coklat chip sedap :

Resepi Biskut Coklat Chips Sedap
Resepi Biskut Coklat Chips


Resepi Biskut Coklat Chips Sukatan Cawan Simple Rangup

Bahan untuk resepi biskut coklat chip rangup sukatan cawan :

Bahan A :

  1. Seketul buttercup
  2. Setengah cawan gula castor
  3. Tiga per empat gula perang
  4. Satu sudu kecil esen vanila


Bahan B :

  1. Dua setengah cawan tepung gandum
  2. Empat sudu besar tepung jagung
  3. Satu sudu sudu besar tepung beras
  4. Dua sudu besar serbuk koko
  5. Satu sudu kecil baking powder
  6. Setengah sudu kecil soda bicarbonate
  7. Sepuluh keping keping biskut marie yang telah dihancurkan


Tambahan :

  1. Tiga sudu besar Nutella
  2. Tiga sudu besar minyak masak
  3. Satu biji telur
  4. Satu cawan badam (disangai)
  5. Satu cawan chip coklat


Cara Buat Biskut Coklat Chips

Cara membuat biskut coklat chips :
  1. Sebatikan semua bahan A pakai senduk. Kemudian, masukkan telur, nutella dan myk masak. Kacau hingga sebati.
  2. Satukan dan kyak Bahan B. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan A. Kacau lagi sampai rata dan sebati.
  3. Masukkan coklat chips dan badam
  4. Balut atau wrapkan bekas adunan. 
  5. Rehatkan dalam chiller selama tiga puluh minit. 
  6. Keluarkan dari chiller dan biarkan seketika
  7. Boleh pakai cara piping ke atas baking paper dalam dulang.


Panaskan oven sekejap dalam kurang lebih lima minit. Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 170 selama 20min atau sampai masak bergantung kepada kapasiti oven masing-masing.Selamat mencuba.