Resepi Ayam Bakar BBQ Sedap Simple Paling Mudah. Hari ini saya buat ayam bakar paling malas, paling senang tapi paling sedap tau. Ayam bakar kicap atau ayam bakar karamel. Sesiapa yang nak pergi berkelah, parti bbq, reunion sekolah, dan sewaktu dengannya boleh cuba buat ayam bakar sedap ni. Sukatan bahan ikut banyak mana ayam yang digunakan.

Resepi Ayam Bakar BBQ Mudah
Resepi Ayam Bakar BBQ Simple


Resepi Perap Ayam Bakar BBQ

Bahan Perap Ayam BBQ :


  1. Setengah ekor Ayam
  2. Tiga sudu besar Sos tiram
  3. Tiga sudu besar kicap manis
  4. Tiga sudu besar cili sos
  5. Dua sudu besar minyak (saya guna olive oil)
  6. Garam dan gula secukup rasa ( tak guna pun takpe sebab sos tiram dan kicap sudah cukup masin manisnya)
  7. Satu sudu besar cuka makan atau satu sudu besar jus lemon.
  8. Perap semalaman ngan semua bahan
Dah siap perap boleh bakar dan rasa nikmat ayam bakar bbq masam manis yang paling simple dan sedap ni. Selamat mencuba.