Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api Resepi Sedap Dan Mudah. Masak apa hari ni?  Saya dengan kawan Kelantan yang datang rumah makan pajeri  terung dengan gulai lemak kuning ikan tongkol berkangkung. Resepi ikan tongkol masak lemak kuning yang mudah dan sedap ada saya kongsi dibawah :

Resepi Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api
Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api


Resepi Ikan Tongkol Masak Lemak Simple 


  1. Tiga hingga empat keping potongan ikan tongkol, kalau dapat yang hitam lagi lembut isinya
  2. Seikat kecil kangkung yang siap dibasuh  dan dibersih potong
  3.  Lima tangkai cili api ( tumbuk )
  4. Tujuh tangkai cili padi ( tumbuk )
  5.  Lima ulas bawang merah ( tumbuk )
  6. Tiga ulas bawang putih ( tumbuk )
  7. Satu inchi lengkuas ( tumbuk )
  8. Satu inchi kunyit hidup ( tumbuk )
  9. Sebatang serai ketuk
  10. Empat hingga lima keping asam gelugur (ikut suka tahap masam yang anda gemari )
  11. Santan dari sebjik kelapa ambil pati dan kemancar sedikit atau kalau nak guna santan kotak pun boleh, pakai yang paket kecil nanti tambah air sikit ye.
Cara Masak Lemak Ikan Tongkol


  1. Tumbuk semua bahan yang bertanda ( tumbuk ) diatas 
  2. Masukkan ke dalam kuali atau periuk
  3. Masukkn santan kemancar, serai ketuk, asam gelugur dan ikan tongkol. 
  4. Renihkan dengan api yang perlahan. 
  5. Bila ikan tongkol sudah lembut, masukkan santan pekat. 
  6. Perisakn dengan asam dan garam.

Kuatkan sikit apinya. bila kuah ikan tongkol masak lemak sudah mendidih masukkan kangkung sekejap dan apabila sudah layu boleh matikan api. Siap masak lemak kuning ikan tongkol dah boleh makan dah. Selamat mencuba.