Cara Jaga Pokok Mulberry Dengan Betul Banyak Buah. Sedikit perkongsian mengenai cara penjagaan pokok mulberi dengan betul agar lebat berbuah dan besar. Semoga bermanfaat.

Cara Penjagaan Pokok Mulberry
Cara Jaga Pokok Mulberry


Cara Menjaga Pokok Mulberry Yang Betul Buah Lebat

1. Pokok Mulberry perlukan banyak cahaya matahari, makin panas makin elok.

2. Pembajaan perlu dilakukan  7-10 hari sebelum pemangkasan, boleh letak baja taik ayam,kopi,tahi arnab atau kimia sebulan sekali atau  dua minggu sekali. ( pokok saya sudah besar, tidak perlu kerap baja.Akhir saya bubuh baja, Mac tahun lepas, sebaldi tahi arnab).

3. 7 hingga 10 hari setelah baja diletakkan,potong semua ranting serta dahan berwarna hijau setiap kali habis buah.tinggalkan batang atau ranting warna coklat sahaja. Togel habis, jangan sayang nak kerat.
4. Setelah keluar putik dalam 2 minggu, potong serta kurangkan daun yang ada. Tinggal sikit-sikit sahaja untuk kurangkan persaingan antara buah dengan daun.. Nanti buah mulberi jadi lebih besar

Kesimpulannya,apabila buah mulberry sudah masak, sila petik. Selepas seminggu seminggu, tabur baja. Tunggu seminggu lagi,cantas semua ranting hijau.Tunggu pokok mulberry berbuah. Tunggu buah malberi masak. Petik dan ulang kitaran yang telah dinyatakan diatas setiap bulan.

Jika pokok mulberry tidak berbuah atau tidak pernah berbuah. Esok, terus tabur baja.. Tunggu seminggu, kemudian cantas dahan dan ranting hijau.. Dalam masa dua minggu putik akan keluar. InshaaAllah.

> Cara Jaga Pokok Anggur Banyak Buah Manis