Cara Jaga Pokok Anggur Dengan Betul Banyak Buah.  Mungkin sekarang ramai di antara kita yang sudah menjadi petani moden, tidak terkecuali saya.Saya terjebak dalam tanam anggur. Hari ini saya ingin kongsikan tips yang tak seberapa tentang cara penjagaan pokok anggur yang betul agar lebat berbuah dan manis. Tak kira pokok anggur jenis apa asalkan nak lebatkan buah anggur, pokok anggur tidak pernah berbuah, atau anggur jarang-jarang berbuah, semua boleh cuba cara paksa pokok anggur berbuah berikut :

Cara Jaga Pokok Anggur Yang Betul
Cara Jaga Pokok Anggur Dengan Betul Buah Lebat Manis


Cara Menjaga Pokok Anggur Yang Betul Buah Lebat Manis

  1. Letak baja buah dan bunga.
  2. Selepas dua minggu, pangkas atau buang semua daun dan pucuk. Biar tinggal batang yang keras sahaja.
  3. Lepas satu minggu akan keluar pucuk dan bunga anggur.

Jangan sayang untuk memangkas pokok anggur kalau mahu hasil yang banyak dan terbaik.

Cara Memaniskan Buah Anggur

Tempoh buah anggur masak adalah sekitar seratus hari. Sebulan sebelum buah anggur masak, jangan sesekali siram pokok anggur, jangan risau pokok anggur mati kerana hasilnya buah anggur akan menjadi manis. Selamat mencuba