Resepi Nugget Ayam Homemade Simple Sedap Mudah Senang.  Ini kali saya bukan sahaja nak kongsikan resepi nugget ayam tapi nak kongsikan juga cara buat serbuk roti sendiri di rumah anda. Simple dan jimat.

Nugget Ayam Homemade Mudah Sedap
Nugget Ayam Homemade Simple


Resepi Nugget Ayam Tempura Homemade Sedap Senang Simple

Bahan untuk buat nugget ayam sendiri :

  1. Dada Ayam
  2. Bawang Putih
  3. Telur
  4. Serbuk lada sulah
  5. Serbuk roti
  6. Garam secukup rasa


Cara Buat Nugget Ayam Sendiri

  1. Kisarkan dada ayam, bawang putih, garam, serbuk lada sulah serta telur.
  2. Kemudian, kukus dalam masa kurang lebih sepuluh minit
  3. Lepas kukus, bentuk nugget ayam anda mengikut citarasa anda
  4. Celupkan pada putih telur dan golekkan pada serbuk roti.
  5. Panaskan minyak dan goreng sampai masak.


Kalau takde atau malas pergi beli sebuk roti kat kedai dan kebetulan ada roti lebih dekat rumah. Siat kecil-kecil roti tu dan goreng tanpa minyak, bila dah kering masukkan dalam pengisar. Siap, sebuk roti homemade anda. Selamat mencuba.