Resepi Mee Kuah Utara Daging Simple Sedap Mudah. Dulu masa mak ajar masak, belajar main-main je.Acuh tak acuh.Tapi dalam tak nak belajar tu tetap ingat segala bahan yang mak bagitahu, maka terhasil lah mee kuah daging utara style. Siapa suka sila angkat tangan.

Resepi Mee Kuah Daging Utara
Resepi Mee Kuah Utara

Resepi Mee Kuah Daging Utara Style Senang Best

  1. Daging setengah kilogram (nak lembut pilih batang pinang)
  2. Air 2.5 Liter
  3. Ubi kentang - empat biji (nak pekatkn kuah boleh tambah kuantiti, nak campur ubi keledek pun boleh tapi saya tak letak sebab keledek takde dan malas nak pergi beli)
  4. Kacang - segenggam (sangai tanpa minyak dan buang kulit) tumbuk atau kisar dengan pengisar kering
  5. Gula melaka (saya letak agak sendiri je sampai dapat rasa manis kuah, tapi jangan letak banyak sangat,sikit-sikit sudah lah kemudian alter sampi cukup rasa)
  6. Cili kering siap kisar - 4 sudu besar (nak pedas letak lebih)
  7. Mee kuning - celur air panas (jangan celur lama nanti mee kembang dan lembik)
  8. Bawang merah - 4biji
  9. Bawang putih - 6ulas
  10. Bawang besar - 1labu
  11. Halia - sebesar ibu jari
  12. Minyak masak - 3 sudu besar (untuk tumis)
  13. Garam - secukup rasa (letak sedikit-sedikit sampai dapat rasa kuah)
  14. Kiub ayam atau daging pun boleh - 1kiub
  15. Serbuk perasa atau ajinomoto 
  16. Telur - rebus 20 minit api pelahan (telur akan masak cantik je)
  17. Sawi - potong dan celur air panas
  18. Taugeh - celur air panas
  19. Bawang goreng
  20. Daun bawang+daun sup
  21. Limau nipis 
  22. Tauhu - di goreng dan di potong 4 segi kecil (saya tak letak)


Cara Buat Mee Kuah Utara

1) Rebus daging dan kentang yang di potong sedehana kecil..1/2kg tu potong dua dah cukup..masukkan sesudu kecil garam dan rebus api sederhana 20 minit, agak-agak kentang dah empuk angkat dan asingkn.. bila dah sejuk boleh blend dengan tambah sedikit air rebusan yang dah sejuk tu. Kemudian daging rebus sampai empuk dan angkat tunggu sejuk hiris nipis. Air rebusan jangan di buang..guna untuk buat kuah.
2) Hiris bawang putih,merah,besar,halia dan blendkan..
3) Masukkan minyak dalam periuk 3 sudu besar tumis bawang dan halia yang dah blend..sampai bau wangi bawang..
4) Masukkan cili kisar tumis sampai pecah minyak..
5) Masukkan air rebusan daging tadi..Kemudian masukkan kentang yang dah blend..masak sampai mendidih.Asam keping jangan lupa..
6) Perasakan kuah dengan garam, gula melaka,masukkan kiub ayam atau daging. Hati-hati letak sikit-sikit dulu jangan masukkan garam dan gula banyak-banayk. Letak sikit-sikit kemudian rasa kuah sampai dapat rasa yang di kehendaki.Saya masak jarang sukat-sukat, semua main letak dan rasa sedikit demi sedikit sampai dapat rasa.

Langkah yang ke tujuh ( 7 ) ni kalau kuah tak cukup pekat, kalau pekat sebab letak lebih ubi tidak payah buat bancuhan tepung jagung.

7) Bancuh 3 sudu besar tepung jagung dalam 1/2 cawan air kacau rata dan masukkan dalam kuah tadi.
8) Masukkan kacang
9) Perasakn lagi dengan ajinomoto atau serbuk perasa
10)Rebus lagi sampai mendidih, agak-agak dah pekat dan masak tutup api..

Dah boleh hidang ikut kretiviti masing-masing. Yang penting jangan lupa baca doa dan perah limau nipis baru sedap nak makan. Selamat menjamu selara.