Resepi Kuih Batang Bakawali Sukatan Cawan. Tetiba teringin nak makan kudapan legenda iaitu kuih batang wali atau bakawali. Terus mintak dengan mak resepi batang bakawali. Masa kecik-kecik dulu mak suka sangat buat kuih batang bakwali tapi yang masalahnya saya masa tu pandai tengok mak goreng dan tunggu siap nak makan je. Dah besar panjang ni, kenalah pandai buat sendiri pulak, betul tak. Dah lama sangat tak makan kerepek tradisional ni. Akhir sekali makan, masa raya dua tahun lepas kat rumah mak saudara kalau tak silap. Dan yang paling saya gembira adalah pertama kali buat terus menjadi. Crunchy, Rangup, Sedap dan sangat- sangatlah nostalgia. Dah lah cara buat kuih batang bakawali simple dan mudah je. Saya kongsikan resepi kuih bakawali dekat bawah ya kot kot ada yang nak tahu cara nak buat kuih bakawali.

Kuih Batang Bakawali
Resepi Kuih Batang Bakawali


Resepi Kuih Batang Bakawali Rangup Sukatan Cawan

Bahan untuk buat kuih batang bakawali :
  1. Satu bungkus tepung pulut ( 500 gram )
  2. Satu setengah cawan  gula pasir ( kisar halus)
  3. Satu setengah cawan bijan
  4. Satu setengah cawan santan pekat atau secukupnya


Cara Buat Kuih Batang Bakawali

Cara cara membuat kuih bakawali :

  1. Satukan tepung pulut, gula dan bijan dalam satu bekas. 
  2. Gaul sampai sebati
  3. Masukkan santan sikit demi sikit sambil uli sampai jadi doh. ( Doh jangan keras dan jangan lembut sangat )
  4. Masukkan doh ke dalam acuan maruku bentuk bintang. 
  5. Putar ke dalam minyak yang sudah di panaskan
  6. Masa goreng pakai api sederhana besar dan goreng sampai betukar warna kekuningan tapi jangan goreng terlalu lama, bimbang jadi keras. 

Ingat, masa angkat nanti kuih batang wali masih lagi dalam keadaan lembut dan biarkan kuih batang bakawali menjadi keras dengan sendirinya. Selamat mencuba.

> Resepi Maruku India Sedap Dan Rangup