Resepi Kek Pandan  Bakar Sukatan Cawan Simple Gebu.  Untuk menghabiskan masa yang terluang, saya ingin kongsikan resepi kek pandan bakar mudah, pakai sukatan cawan sahaja. Janji sedap, lembut dan gebu okey.

Resepi Kek Pandan  Bakar Sukatan Cawan
Kek Pandan  Bakar Sukatan Cawan


Kek Pandan Bakar Sukatan Cawan Lembut Gebu


Bahan A :

  1. Lima biji telur putih
  2. Setengah cawan gula kastor
  3. Satu sudu teh cream of tartar atau jus lemon

  • Mix telur putih sampai berbuih
  • Masukkan gula dan jus lemon
  • Mix sampai kental


Bahan B :

  1. Lima biji telur kuning
  2. Sebiji telur
  3. Tiga per empat cawan tepung kek
  4. Suku cawan minyak jagung
  5. Suku cawan santan kara
  6. Sesudu teh perisa pandan
  7. Pewarna hijau

  • Mix sebati sampai berkrim


Cara Buat Kek Pandan Yang Lembut Dan Gebu
  1. Sapukan majerin pada dasar loyang
  2. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B dan sebatikan.

Bakar dalam oven pada kepanasan 160  api atas bawah selama tujuh puluh minit ( kaedah doubel boiler ). Selamat mencuba.

>Resepi Kek Pandan Kukus Sukatan Cawan