Resepi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan. Kek sarang semut atau ada jugak sesetengah orang panggil kek gula hangus, saya buat semlam untuk balas tupperware biras. Jika ada yang nak resepi kek sarang semut, boleh ambil dekat bawah ye :

Kek Sarang Semut Sukatan Cawan
Kek Sarang Semut Sukatan Cawan


Resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan

  1. Satu suku cawan gula halus
  2. Satu cawan air panas
  3. 125 gram butter
  4. Empat biji telur gred A
  5. Suku cawan susu pekat manis
  6. Satu cawan tepung gandum
  7. Dua sudu kecil soda bikarbonat
  8. Satu sudu teh esen vanilla

Cara Buat Kek Sarang Semut Yang Sedap

1. Masukkan suku cawan gula ke dalam pan. Buat gula perang. Jangan kacau kerana nanti gula berketul. api perlahan je nanti gula hangit.Bila gula sudah cair, masukkan satu cawan air panas. Tutup api dan sejukkan.

2. Masukkan 125 gram mentega dalam pan,cairkan atas dapur guna api kecik. Bila sudah cair, tutup api dan sejukkan.

3. Bila air gula dan mentega sudah sejuk, baru boleh buat langkah seterusnya.


4. Empat biji telur kacau perlahan-lahan hingga sebati.Jangan pukul ye, kacau perlahan je. 

5. Selepas itu, masukkan suku cawan susu pekat dan kacau lagi. 

6. Masukkan satu cawan tepung yang sudah diayak dengan 2 sudu kecil soda ke dalam adunan tersebut.

7. Tambah esen vanila, kacau rata.

8. Akhir sekali baru masukkan air gula.

9. Sebatikan sampai tepung tak lagi berketul.

10. Saya perap adunan dalam masa empat hingga enam jam ( lagi lama lagi banyak lubang, atas citarasa )

Panaskan oven lima belas minit awal dengan api bawah sahaja dan bersuhu 170c, bakar selama 45 minit.selepas itu tambah 10 minit lagi guna api atas bawah. Selamat mencuba.